Konvensyen Pakatan Rakyat Hambar ????
25/02/13 Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar lapor Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.
Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.
Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.
“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
“Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan,” katanya dalam program soal jawab Maqasid syariah anjuran Antarapos.
Sumber : AIDC
p/s Admin berpendapat bahawa rakyat Malaysia keseluruhanya sudah muak dan jelak di atas dasar dasar PR yang lebih membawa cerita dongeng dan menyesatkan dengan harapan kosong untuk memenangi kerusi dan bangku di PRU13. Rakyat telah insaf dan sedar bahawa Pakatan Rakyat (Yang tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan - ROS Malaysia) adalah dipimpin oleh orang orang terdesak dan 'opportunist' serta kecewa yang mengakibatkan sokong membawa rebah. Dengan tempoh hampir 1 penggal selepas PRU12 tahun 2008, Pakatan Rakyat telah membawa suatu agenda bahaya yang telah memecah belah dan mengelirukan rakyat di 4 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah Selangor dan Kelantan khasnya dan keseluruhannya di negara Malaysia yang tercinta ini.
Sesungguhnya, PR telah membawa beberapa eksperimen fahaman yang mampu meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan dan Institusi mosyarakat sosial pada keseluruhannya seperti fahaman 'Malaysian Malaysia' yang memberi kesamarataan kaum yang akan meruntuhkan masyarakat dan negara setelah terpelihara sejak merdeka lagi bersifat Chauvinist, Ultra-Kiasu dan Rasis, fahaman liberalisma dan pluralisma oleh PKR yang merosakkan institusi agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan serta fahaman 'Wahabbi dab Syiah' oleh PAS yang merosakkan akidah orang orang Islam di negara ini dengan menghalalkan istilah Allah digunakan oleh agama lain selain dari Islam yang masih kabur dipertahankan oleh Presidennya Dato' Abdul Hadi Awang dan Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Amnya walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain.
Dan banyak lagi dasar dan polisi PR yang telah mencarca merbakan institusi masyarakat di bidang ekonomi, sosial dan politik. Oleh yang demiklian, keputusan adalah di tangan rakyat yang rata rata mahukan transformasi Kerajaan, Politik dan Ekonomi serta Sosial yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib Tun Razak yang mampu memaju negara amnya ke arah masa depan yang lebih terjamin, selamat dan maju di mata dunia. Proses tranformasi yang telah dan akan dijalankan telah menampakkan impak besar kepada rakyat dengan peluang yang lebih terbuka serta harapan cerah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi di dalam aspirasi negara maju pada tahun 2020.In Syaa Allah, semoga Allah akan sentiasa merestui usaha ini bagi munafaat dan harapan yang lebih terjamin kepada rakyat jelata dan negara yang lebih gemilang dan terbilang hendaknya, Amin !!
Ikhlas daripada Admin Keris Melayu
No comments:
Post a Comment