http://1keris.blogspot.com

Video : Pahlawanku di Lahad Datu

Showing posts with label NUAR JUBUR. Show all posts
Showing posts with label NUAR JUBUR. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

TERKINI #PRU13 : WAN AZIZAH DAN ANWAR BERSELISIHFAHAM PASAL PEMBAHAGIAN KERUSI DAN CALON PRU13 ???



HOT : SANDIWARA WAN AZIZAH TIDAK BERTANDING TERBONGKAR..MARAH RUPANYA..?? #GE13 #tolakPR

Pelikkan..Presiden parti terpaksa berkorban tidak bertanding sebab tak nak dikatakan PKR mengamalkan Nepotisme..

Pelikkan Presiden parti tidak menghadiri mesyuarat penting untuk menentukan pembahagian kerusi untuk parti pembangkang..

Pelikkan bila suami kata isterinya tidak bertanding sedangkan si anaknya pula kata itu "hanya cakap-cakap politik"...

Jadi tak hairanlah mengapa pegawai dalam partinya sendiri boleh kata Wan Azizah Presiden yang lembik..

Mesti ada sesuatu yang tak kena ni..Jika tidak, takkan la sampai celaru macam ni anak-beranak ni...Kejap kata ya..kejap lagi kata tak...Yang mana satu yang betul ni...Adakah Wan Azizah dah tengok video terbaru Anwar??



Apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah menyangkal kenyataan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ibunya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya ke-13 akan datang, ada pihak tertanya apakah yang berlaku dalam keluarga PKR?

Mungkinkah ia hanya sandiwara atau wujud perselisihan secara terbuka dalam parti itu?

Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai menyifatkan kenyataan ketua pembangkang itu sebagai “hanya cakap-cakap politik” dan setakat ini tidak ada perancangan sebegitu.

Malah, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan ketua umum PKR itu.

“Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti,” Nurul Izzah memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada malam tadi.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, penyokong kuat Anwar, sebaliknya mengesahkan kenyataan Anwar yang dibuat ketika ditemubual stesen televisyen Al-Jazeera pada Rabu malam.

“Wan Azizah akan mainkan peranannya untuk menjelajah seluruh negara bagi memikat pengundi wanita dan tidak akan bertanding untuk peringkat dewan undangan negeri (DUN),” kata Azmin mengenai presiden partinya semasa ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Dr Wan Azizah sebelum ini menyatakan beliau akan bertanding kerusi DUN di Selangor tetapi kawasannya belum diputuskan.

Setakat ini Dr Wan Azizah bagaimanapun belum membuat sebarang komen sejak siaran Al-Jazeera itu.

Anwar memberitahu stesen Al-Jazeera bahawa isterinya mengambil keputusan tidak bertanding apabila menjawab pertanyaan berhubung kritikan nepotisme dalam PKR kerana beliau merupakan penasihat PKR sementara Nurul Izzah naib presiden parti.

Dr Wan Azizah juga tidak kelihatan apabila Anwar dan pemimpin parti pembangkang bermesyuarat semalam di ibu pejabat PKR untuk menyiapkan agihan kerusi.

Admin - Anwar main sesuka hati dia je, tak respek langsung Wan Azizah sebagai presiden PKR !!!

Agaknya, Wan Azizah tak setuju Anwar bertanding di dalam PRU13 takk ??!! Anwar memang semata mata jadi liabiliti atau perosak je bagi PKR dan Pakatan Haram Rakyat !!! 

Oleh itu, jangan berlengah lagi dan tetapkan hati !!! 
Undi BN Anda Selamat dan Masa Depan Anda dan Keluarga Anda akan Terjamin.  

KERIS MELAYU@blogger

Saturday, March 16, 2013

P.I. BALA TAK SEMPAT DAPAT HABUANNYA YANG DIJANJIKAN ANWAR.


ANWAR DISERANG SAKIT JANTUNG PULA BERIKUTAN BERITA KEMATIAN BALA !!!


Foto: Bala memegang kitab Gita sambil mengingatkan penyokong akuan bersumpahnya.

P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.  

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  

Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.  

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik. 

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  

Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya. 

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  

Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   

Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  

Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.  

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   

Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.  

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   

Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.  

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.  

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  

Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak ???   

Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  

Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.  

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  

Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.  

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  

Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  

Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   

Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.    

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya ???  

Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR ???  

Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya ???  

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  

Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  

Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.   

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  

Zulkifli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  

Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.  

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.  

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran ???   

Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.  

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  

Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   

Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.  

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya. 





KERIS MELAYU@blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

Like Button

Activity Feeds