http://1keris.blogspot.com

Video : Pahlawanku di Lahad Datu

Sunday, January 20, 2013

Wednesday, January 16, 2013

Zulkifli : PAS Dicabar Keluar Pakatan | AIDC

Zulkifli : PAS Dicabar Keluar Pakatan | AIDC

MEDAN TEMPUR: PANAS !! ZULKIFLI NORDIN DESAK HADI AWANG !!

MEDAN TEMPUR: PANAS !! ZULKIFLI NORDIN DESAK HADI AWANG !!: Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib menarik balik serta m...

Dr. Mohamad Khir: Allah Dalam Bible Melayu - Kehendak Agama atau Keh...

Dr. Mohamad Khir: Allah Dalam Bible Melayu - Kehendak Agama atau Keh...: 1. Blog ini pada Januari 2010 telah menerbitkan sebuah artikel berjudul " Cari Jalan Penyelesaian Segera Isu kalimah Allah " yang antara la...

gOSsIp RaKyaT: SAH!! NIK AZIZ MAKIN TUA MAKIN NYANYOK TAK RETI ME...

gOSsIp RaKyaT: SAH!! NIK AZIZ MAKIN TUA MAKIN NYANYOK TAK RETI ME...: Nak kata buta huruf mustahil la pulakkan, takkan seorang Menteri Besar tak reti membaca...pelik benar bunyinya tu kan? Tapi bila lihat ...

THE TECHNOCRATE: SAH KHALED FLINTSTONE (MB BONGOK) PUNCA MASALAH A...

THE TECHNOCRATE: SAH KHALED FLINTSTONE (MB BONGOK) PUNCA MASALAH A...: PEMBERITAHUAN PENTING BAGI PENDUDUK NEGERI SELANGOR D.E. DAN W.PERSEKUTUAN ( TERKINI !! ) PENJELASAN SYABAS ATAS TUDUHAN KERAjaan PAK...

Papa Zola: Rafizi Ramli PKR Gagal lagi

Papa Zola: Rafizi Ramli PKR Gagal lagi: Rafizi Ramli, satu nama yang cukup gah dengan memiliki kebolehan mengesan sebarang bentuk penyelewengan mahupun skandal yang boleh dik...

SUARA LENSA: Seks dan konspirasi UMNO

SUARA LENSA: Seks dan konspirasi UMNO: PAS DAP dan PKR. Tetapi yang utama adalah PKR dan PAS... Depa ni nama je orang Melayu tetapi mengamalkan budaya songsang TEGAR! Kalah n...

Tuesday, January 15, 2013

EKSKLUSIF - Najib Razak, Kanak Kanak & Sekampit Beras

EKSKLUSIF - Najib Razak, Kanak Kanak & Sekampit Beras

MatKilau Penang: DAP BERJAYA BODOHKAN MELAYU DIDALAM PAS.

MatKilau Penang: DAP BERJAYA BODOHKAN MELAYU DIDALAM PAS.: Apa yang ketara sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan dan berjaya memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, pengaruh DAP dalam pak...

Pilihan Anda: Kalimah Allah: Jangan 'kambing hitam'kan PAS...UMNO yang khurafat!

Pilihan Anda: Kalimah Allah: Jangan 'kambing hitam'kan PAS...UMNO yang khurafat!

Anuwar & Guan Eng kecewa keputusan Majlis Syura PAS ?? | GENERASI PEJUANG BANGSA

Anuwar & Guan Eng kecewa keputusan Majlis Syura PAS ?? | GENERASI PEJUANG BANGSA

AAKJ: Email Khas PM Dari Australia

AAKJ: Email Khas PM Dari Australia: Australia Dan Malaysia – Berdagang Bersama, Belajar Bersama Dan Bekerja Bersama Saya bersama dengan Perdana Menteri Australia, J...

Mat Sabu setuju keputusan Majlis Syura Ulama PAS | Free Malaysia Today

Mat Sabu setuju keputusan Majlis Syura Ulama PAS | Free Malaysia Today

SW1M chief drowning in public scorn | Free Malaysia Today

SW1M chief drowning in public scorn | Free Malaysia Today

TOKGURU86: Sekeping Gambar #KL112 Menterjemahkan 1000 Maksud....

TOKGURU86: Sekeping Gambar #KL112 Menterjemahkan 1000 Maksud....: Bila ditanya pada kita, apa hasil dari himpunan KL112? Najib tumbang? Anwar sudah jadi PM? Rakyat semakin kaya? Identiti China Doll su...

Monday, January 14, 2013

Sungai Rapat Online: Tinggalkan Anwar Dengan Perhimpunan Jijiknya, Esok...

Sungai Rapat Online: Tinggalkan Anwar Dengan Perhimpunan Jijiknya, Esok...: Kita asyik berbicara perkara-perkara yang tidak berfaedah apatah lagi dengan perhimpunan Shamsidar yang jijik yang meninggalkan segala kek...

1technocrate

Wednesday, January 9, 2013

JENIS EMAS - KUALITI DAN KARAT.



Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.
Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitukerátion (??????o?), atau dari perkataan Arabq?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).
Contoh Kacang Carob, saya tak jumpa nama melayu untuk kacang ini, mungkin sebab tidak tumbuh di negara kita.
Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.
24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.
Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)
loket emas dengan kaler hijau dan merah (sumber blackhill)
contoh cincin emas berkaler hijau dan merah
Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas  tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.
Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K  sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

50 fakta tentang emas.



elemen emas aurum1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
ketulan emas, butiran emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
hitler42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
*saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

20 Fakta Sejarah Emas di Tanah Melayu dan Nusantara.


20 Fakta Sejarah Emas di Tanah Melayu dan Nusantara.


Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.
harga emas hari iniDalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.
laksamana cheng hoLaksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya
Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
gemih emas malaysiaDalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.
lombong emas malaysiaAkhirnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil kekayaan emas di tanah ini.
Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Rezab emas negara dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada kajian-kajian yang diilakukan dan ia sentiasa bertambah apabila penemuan baru dan akan berkurang apabila mineral tersebut digali dari perut bumi.
Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.
Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.
Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.
Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan “Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2002.
Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.
Pada awal tahun 2010 kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas” tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.

Tuesday, January 8, 2013

ANWAR DERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR !!!!


Kalimah Allah : Anwar Pertikai Sultan Selangor

January 8, 2013 

Antarapos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Pendirian tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini.
Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menempelak titah Sultan apabila menuduh MAIS sebagai hanya cenderung mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya pimpinan UMNO.
“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor. Bahkan beberapa kenyataan MAIS itu tidak semestinya mewakili pandangan kerajaan negeri.
“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno. Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang mempunyai kepentingan menguasai syarikat arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.
Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah diguna dalam Injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
“(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010″, kata Mohd Misri, menjelaskan ketetapan Sultan Selangor itu.
Misri berkata Sultan Sharafuddin pernah mengeluarkan titah yang sama bersabit isu ini tiga tahun lalu namun telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak apabila ia dibangkitkan sekali lagi.
Justeru baginda menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba mempersendakan penggunaan kalimah Allah ini.

Kata Dikota, Janji Ditepati: TERKINI !!! DYMM SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDD...

Kata Dikota, Janji Ditepati: TERKINI !!! DYMM SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDD...: Haron Din Tetap menyatakan 'Kufur  jika sokong Penggunaan Kalimah  Allah oleh Kristian' TUESDAY, JANUARY 8, 2013 ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

Like Button

Activity Feeds