ADMIN - TERIMA KASIH DI ATAS PANDANGAN IKHLAS DARIPADA 'MENTERI MENTOR TUN DAIM. BAGI ADMIN KENYATAAN TUN DAIM SEDIKIT SEBANYAK AKAN MEMPENGARUHI SENTIMEN RAKYAT KETIKA MALAYSIA DI AMBANG PILIHANRAYA KE 13 (PRU13) PADA TAHUN INI. SEBAGAI BEKAS MENTERI KEWANGAN SEBANYAK 2 KALI, BELIAU ADALAH SALAH SEORANG TEKNOKRAT DAN TENAGA PEMIKIR YANG UNGGUL DI SEBALIK PEMERINTAHAN TUN DR. MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI.
TUN DAIM JUGA ADALAH TENAGA DISEBALIK KEJAYAAN POLISI PENGSWASTAAN DAN PENSYARIKATAN MALAYSIA YANG TELAH MEMBERI NAFAS BARU KEPADA MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MEMBANGUN SERTA BERANI MENONGKAH SEGALA ARAL BAGI MENJAYAKAN DASAR KERAJAAN TERSEBUT.
BUAT PENGETAHUAN SEMUA, TUN DAIM ADALAH PENCETUS IDEA MEWUJUDKAN SYARIKAT KONGLOMERAT RENONG DAN UEM SERTA LAIN LAIN LAGI SYARIKAT SWASTA DAN GLC YANG TELAH MENJADI 'CATALIST MENCORAKKAN SEKTOR KORPORAT NEGARA KETIKA BELIAU MENJAWAT SEBAGAI MENTERI KEWANGAN DAN JUGA SEBAGAI BENDAHARI UMNO DAN BN/BELIAU TELAH MEMBUKA SELUA LUASNYA RUANG DAN PELUANG KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA DI BAWAH DEB CONTOHNYA PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN ( PLUS), LINKEDUA DAN LAIN LAIN LAGI.
BAGI ADMIN, TUN DAIM ADALAH SEORANG YANG TIDAK PERNAH KEDEKUTKAN ILMU TETAPI AGAK KEDEKUT DARI SEGI KEBENDAAN (?) TETAPI AMAT BERSAHAJA DAN OPTIMIS DI DALAM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN PENTING. ADMIN SENDIRI PERNAH DUDUK DI BAWAH BELIAU SEMASA DI RENONG BHD SELAMA BEBERAPA TAHUN. PENGALAMAN SECARA 'INDIRECT' DARIPADA BELIAU, ADMIN MASIH AMALKAN HINGGA KE HARI INI DI DALAM PERNIAGAAN DAN BIDANG KORPORAT.
SESUNGGUHNYA, TUN DAIM ADALAH OPTIMIS AKAN KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN SERTA ILTIZAM YANG TINGGI YANG DIWARISI OLEH YAB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK YANG AMAT SINONIM DENGAN DASAR TRANSFORMASI YANG MENJANJIKAN MASA DEPAN MALAYSIA YANG LEBIH SEMPURNA DAN TERJAMIN UNTUK NEGARA DAN RAKYAT AMNYA. TANPA NAJIB MALAYSIA AKAN MUNDUR KE BELAKANG DENGAN USAHA DAN SEMANGAT BELIAU YANG AMAT TINGGI BAGI MELONJAKKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU YANG DISANJUNGI DAN DISEGANI DI SEANTERO DUNIA DI DALAM ACUAN 'MALAYSIA' YANG SEBENAR BENARNYA.
WASALAM. SALAM 1MALAYSIA.
KERIS MELAYU@blogger
No comments:
Post a Comment